Tuesday, December 31, 2013

andai kau tahu ku sayang kamu..



malam ini adalah malam tahun baru masihi iaitu tahun baru dlm kalender gregorian. adakah kamu semua tahu setiap nama bulan itu adalah nama2 dewa rom. Jadi untuk apa kt umat islam terlalu beria2 merayakannya..

ku meneliti, memerhati..apa yang mereka2 ini cari ditengah2 malam begini.. hiburan, party, di ambang tahun baru masihi. 

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira_ di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda “sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha” (riwayat al-Nasaai, 959)

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Halloween dan juga Valentine. Terdapat larangan daripada baginda S.A.W untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.


Sabda baginda: “Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud hadis no 3512).

Islam telah memiliki banyak hari istimewa bagi umatnya yang seharusnya membuat mereka bahagia dan bangga, yang selayakknya mereka nantikan kedatangannya kerana didalamnya memiliki banyak keutamaan yang tidak dimiliki hari-hari lainnya. Semoga Allah S.W.T memberikan petunjuk kepada kita semua.