malam ini adalah malam tahun baru masihi iaitu tahun baru dlm kalender gregorian. adakah kamu semua tahu setiap nama bulan itu adalah nama2 dewa rom. Jadi untuk apa kt umat islam terlalu beria2 merayakannya..
ku meneliti, memerhati..apa yang mereka2 ini cari ditengah2 malam begini.. hiburan, party, di ambang tahun baru masihi.
Anas
bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya
memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira_ di
masa jahiliah. Lalu baginda bersabda “sesungguhnya Allah telah menggantikan
kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya
Aidilfitri dan Aidiladha” (riwayat al-Nasaai, 959)
Namun demikian apa yang mendukacitakan
adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang
langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta
agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T seperti sambutan Tahun
Baru Masihi, Halloween dan juga Valentine. Terdapat larangan daripada baginda
S.A.W untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya
seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.
Sabda baginda: “Barang siapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud hadis no
3512).
Islam telah memiliki banyak hari istimewa
bagi umatnya yang seharusnya membuat mereka bahagia dan bangga, yang
selayakknya mereka nantikan kedatangannya kerana didalamnya memiliki banyak
keutamaan yang tidak dimiliki hari-hari lainnya. Semoga Allah S.W.T memberikan
petunjuk kepada kita semua.

No comments:
Post a Comment